Monday, May 16, 2011

Nenek

Intro: cerita hantu klasik yang tak patut aku lupa.

Dalam sebuah kampung ni, ada seorang budak lelaki bernama Hassan (bukan nama sebenar) tinggal dengan nenek dia. Mereka ni orang susah and tinggal kat ujung kampung. Satu hari, neneknya jatuh sakit langsung terus meninggal dunia. Time mandi jenazah cincin emas kat jari nenek dia tak dapat dibukak and lastly nenek dikebumikan bersama-sama dengan cincin emasnya. Disebabkan Hassan tu orang susah and tinggal sebatang kara, malam tu dia tekad ke kubur untuk mengambil cincin emas pusaka neneknya itu. Hassan membawa cangkul and mula menggali semula kubur neneknya. Bila Hassan bukak kain kapan nenek nya and cuba mengambil cincin emas tu ternyata memang segala usahanya tidak berhasil. Tiba-tiba hujan mula turun, Hassan yang tidak punya banyak pilihan akhirnya mencangkul jari neneknya putus dan berjaya mendapatkan cincin emas tersebut. Hassan pulang kerumah basah kuyup. Selesai sahaja mandi, tiba-tiba kedengaran pintu rumahnya diketuk.

"Tuk...tuk...tuk..."

Hassan pun pergi mendapatkan siapa yang mengetuk pintu nya larut malam ni. Kelihatan seorang perempuan tua sedang berdiri didepan pintu.

" Nak... nenek tumpang rehat di rumah anak boleh?" kata perempuan tua tu kepada Hassan. Melihatkan hari sedang hujan lebat Hassan pon menjemput perempuan tua tu masuk ke dalam rumah.

Hassan pon menghidangkan air kepada perempuan tua tersebut dan mula berbual dengannya.

"Mak Cik ni nak pergi mana?" tanya Hassan.
"Mak Cik nak balik rumah... tapi hujan Nak..." jawab perempuan tua tu.
Tiba-tiba Hassan ternampak jari manis perempuan tua itu kudung.
Hassan lalu bertanya. "Mak Cik... kenapa jari Mak cik macam tu?"





"KO YANG POTONG JARI AKU!"

haha...cerita hantu ni memang klasik la and biasa nya ramai yang dah tahu. Aku pon tak berapa nak ingat cerita sebenar macam mana, tapi kalau nak cerita kat adik-adik memang still boleh terkejutkan diorg la. Tips:Awal2 pesan dulu... siapa yang dah taw cerita ni diam2 je ok... pastu cerita slow2 biar diorg tumpukan perhatian... last2 jerit jawapan nenek tu "KO YANG POTONG JARI AKU!" sambil terkam diorg. Confirm diorg menjerit. Hahaha.

Entry kali ni bukan nak cerita pasal hantu lagi, yelah bukan selalu orang kena kaco kan. Jarang-jarang sekali. Kali ni nak cerita pasal nenek aku pulak and one of the most things that I regret... I have done in my life. Cerita aku hampir dengan cerita hantu kat atas. Aku macam Hassan.



Cerita nya bermula macam ni. Masa tu aku kecik lagi berapa tahun pon aku tak ingat. Ayah aku kerja kilang... mak aku pulak kerja urm... secretary kot... so tiada siapa yang jaga aku kat rumah melainkan nenek aku (walaupun nenek tapi aku panggil atok). Mak aku memang tak bagi aku main kat luar semua pintu kena kunci. Pasal apa tak boleh main kat luar, sebab aku nakal sangat. Mana tak nya... time aku kecik2 dulu mak aku beli kan aku basikal. Orang lain main elok je.. tapi aku ni gila kan kelajuan . Aku suka kayuh laju2 pastu break tayar belakang. Sreeeetttt... terseret tayar belakang aku memang cool abes la time tu. Hehe... abes botak tayar belakang aku. Sampai lah satu hari aku accident.

Aku accident bukan orang langgar aku. Aku pon tak langgar orang. Aku langgar kereta orang. Adoi punya lah laju aku bawak basikal time tu sampai kereta yang parking elok kat tepi umah pon aku langgar. Kalo calar je tak pe... ini habis pecah lampu headlight dia sebelah. Dahlah kereta baru. Kereta proton saga Uncle Enal (jiran depan rumah aku). Habis gaji mak aku bulan tu ganti lampu baru. Sian mak aku... tapi lagi lah kesian kat aku sebab tak boleh keluar rumah lagi just dapat tengok anak2 orang lain main basikal kat luar. Basikal aku yang champion tu pulak kena sita kat belakang rumah. Sob3...

Since hari tu aku memang betekad untuk keluar dari rumah. Pantang ada peluang mesti aku lari macam anak kambing terlepas kat luar pagar (ayat mak aku). Sampailah satu masa, di suatu petang yang aman. Mak and ayah aku belum pulang dari kerja. Aku ngan abang aku disuruh tidur oleh atok. Aku ngan abang aku pon tidur lah kat depan tv.

Tiba-tiba... "Claakk... Claakk..." aku dengar bunyi kunci grill pintu depan dibuka. Aku lihat Atok aku seperti hendak keluar entah ke mana pon aku tak pasti lagi. Aku pon mula mengejut abang aku yang tengah tidur kat sebelah. "Pssst.... Aid... Pssst Aid bangun... bangun la... tengok Atok nak keluar tu". Abang aku pon bangun and mengintip je Atok sambil pura2 tidur.

Aku pon buat Plan A ajak abang aku keluar lepas Atok bukak pintu. Tapi Abang aku lagi bijak. "Shhhh... fir jangan bangun dulu... gate tutup lagi. Mana boleh keluar. Kita tunggu Atok buka gate." kata Abang aku so sekarang dah bertukar ke Plan B. Tunggu gate buka. Aku and abang aku pon pura2 la tido. Kemudian nampak Atok aku pergi ke dapur mengambil sampah. Dalam hati aku " owh... Atok nak buang sampah... kih3... mesti dapat keluar aku hari ni. Hahaha. "

Tak lama lepas tuh "Zerruussshhh...." Dengar bunyi pintu gate disorong. Aku lihat Atok berjalan pelahan ke arah tong sampah. Aku ngan Aid pon terus bangun and berlari keluar pintu depan dan terus melepaskan diri dari gate rumah.

"Yeay2... dapat keluar... yeay2..." happy gila aku ngan abang aku dapat keluar rumah. Atok yang nampak aku lari, lintang pukang mengejar aku ngan abang aku.

"Woi!!! balik... fir... mujahid... balik!!!" jerit atok sambil mengejar kami (dengan kelajuaan yang sangat perlahan).

"Atok balik la!!! jangan ikut..." jerit Abang aku yang gemuk sambil berlari dengan kelajuan yang lebih perlahan dari Atok.

Aku tengok belakang, nampak Atok aku semakin menghampiri abang aku. Abang aku bertindak mengambil pasir dalam jalan yang berlubang and baling kat Atok sambil menyuruh Atok balik, tapi pasir tu tak mengena.
" Kita tak nak balik la Tok!" jerit abang aku.



Aku pun patah balik untuk tolong abang aku sebab aku lari laju, aku dah jauh ke depan. Aku patah balik and ambik segenggam pasir untuk di baling kat Atok. Aku tunggu Atok datang dekat. Bila Atok hampir dengan aku, aku pon baling pasir tu sekuat hati and kena kat muka Atok.

Mata Atok pedih and Atok pon pulang kerumah...

Aku and abang aku pon gembira sebab Atok tak kejar kami lagi. Tapi bila dah lama, Atok masih tak keluar rumah kami mula risau and pulang ke rumah. Aku tengok Atok menangis2 membersihkan matanya dengan air dan tuala. Aku ngan abang aku ketakutan, kami hanya diam sahaja. Tak lama lepas tu mama ngan ayah balik. Terus bergegas ke hospital. Apa yang jadi lepas tu aku tak pasti sebab aku masih kecik lagi. Cakap pun pelat.

Bila aku dah besar aku rasa macam mimpi je apa yang aku dah buat tu... sehinggalah satu hari aku tengah tengok tv bersama-sama Atok.
Atok mengeluh... " Atok tak nampak sangat lah fir... apa orang dalam tv tu tengah buat?" tanya Atok sambil menonton tv.
Aku pun tanya kat Atok "Atok... kenapa Atok tak nampak tok?".
Atok langsung menjawab sambil tersenyum. " Mata Atok sebelah kiri ni dah rabun fizi... sebelah kanan ni memang dah tak nampak"
Aku pun bertanya lagi. "Kenapa dah tak nampak tok?".
Atok gelak sambil menjawab "Ko tak ingat fir? Ko lah yang butakan mata Atok... Masa kecik2 dulu ko baling pasir kat Atok. Ko tak ingat?"
Aku terdiam.

Aku menghampiri Atok dan melihat kedalam mata nya. Aku nampak mata kiri Atok berwarna kelabu nyata memang tidak berfungsi lagi.
Atok cuba bejenaka dengan menyergah aku sambil membesar-besarkan mata nya. " Bahhhh!" sergah Atok. Tapi aku tak mampu untuk gelak sebalik nya aku hanya mampu untuk memeluk Atok dan meminta maaf. Aku mula mengingat kembali setiap detik yang lalu semasa aku membaling pasir ke mata Atok. Aku sedih sangat2.

Selepas tu aku pon bertanya kat ayah aku time berdua je. "Ayah betul ke dulu saya masa kecik-kecik baling pasir kat mata Atok sampai buta yah?"
Ayah aku pun cerita. "Aah, ko tu dulu nakal nauzubillah. Time tu ayah balik keje tengok mata Atok macam tu terus bawak gi hospital. Sampai hospital doktor cakap mata Atok sebelah buta. Sebelah lagi masih boleh dirawat. Ayah pon luluskan pembedahan laser kat mata Atok. Sebab tu lah Atok nampak sebelah je."

Aku hanya diam sahaja.
Ayah aku menambah lagi. " Tak pe lah fizi... time tu kan fizi kecik lagi. Nanti fizi dah besar jadi doktor ganti lah mata Atok. Mesti Atok gembira"

Sejak hari tu aku bertekad nak ganti mata Atok. "Atok maafkan fizi... fizi tak sengaja..."

13 comments:

  1. Nakal upenyer bdk dua ekor ni time kecik2..
    Sian moyang kteorg,patutla die xnmpk,al-kisah...

    ReplyDelete
  2. hahaha, siap ada tips nak bercerita hantu kat orang..

    ReplyDelete
  3. hahahaha aku pernahhh kena . tak guna -.-

    ReplyDelete
  4. haha..gile kau hebat langgar kerete :D

    ReplyDelete
  5. kesiannya kt atok fizi tu.. tp xpe la.. nkwa t camne, benda dah jd.. xbleh meyesal.. lgpon time tu fizi kecil lg.. dimaafkn.. hu3~ T_T

    ReplyDelete
  6. wow...touching! good story to share together. nk siapkan my story cepat2 lah...u inspired me to writting more! ahhahah NICE WORK!

    ReplyDelete
  7. kesian kat atok.
    this story, reminde me of my grandma. okeh. dah nak start menangis. ;)

    ReplyDelete
  8. tanks semua yang comment...
    ye...sian atok sangat2...

    syrupmasin: hebat kan aku langgar kete? haha

    azleeiana: gud luck!

    najwaMazlan: jangan nangis okay? hmm

    ReplyDelete