Friday, May 20, 2011

Sabun

Tadi tengah sibuk basuh simen depan umah tiba-tiba tergelak sengsorang . Pasal apa? pasal teringat peristiwa yang terjadi time aku basuh simen zaman budak-budak dulu.

Time tu aku ngan abang aku kat rumah. Mak ngan ayah aku pagi2 lagi dah pergi kerja. Tinggal lah aku dengan abang aku and sorang kakak yang jaga kami. Tak ingat sangat siapa... x pe just watak sampingan je...haha. So, disebabkan aku dengan abang aku ni "baik" sangat kita orang pon plan la nak happy kan mama dengan bersihkan rumah. Lastly decide nak cuci simen depan rumah je, ye lah alang2 cuci simen boleh main air... kan seronok...hehehe  .

Monday, May 16, 2011

Nenek

Intro: cerita hantu klasik yang tak patut aku lupa.

Dalam sebuah kampung ni, ada seorang budak lelaki bernama Hassan (bukan nama sebenar) tinggal dengan nenek dia. Mereka ni orang susah and tinggal kat ujung kampung. Satu hari, neneknya jatuh sakit langsung terus meninggal dunia. Time mandi jenazah cincin emas kat jari nenek dia tak dapat dibukak and lastly nenek dikebumikan bersama-sama dengan cincin emasnya. Disebabkan Hassan tu orang susah and tinggal sebatang kara, malam tu dia tekad ke kubur untuk mengambil cincin emas pusaka neneknya itu. Hassan membawa cangkul and mula menggali semula kubur neneknya. Bila Hassan bukak kain kapan nenek nya and cuba mengambil cincin emas tu ternyata memang segala usahanya tidak berhasil. Tiba-tiba hujan mula turun, Hassan yang tidak punya banyak pilihan akhirnya mencangkul jari neneknya putus dan berjaya mendapatkan cincin emas tersebut. Hassan pulang kerumah basah kuyup. Selesai sahaja mandi, tiba-tiba kedengaran pintu rumahnya diketuk.

"Tuk...tuk...tuk..."

Hassan pun pergi mendapatkan siapa yang mengetuk pintu nya larut malam ni. Kelihatan seorang perempuan tua sedang berdiri didepan pintu.

" Nak... nenek tumpang rehat di rumah anak boleh?" kata perempuan tua tu kepada Hassan. Melihatkan hari sedang hujan lebat Hassan pon menjemput perempuan tua tu masuk ke dalam rumah.

Hassan pon menghidangkan air kepada perempuan tua tersebut dan mula berbual dengannya.

"Mak Cik ni nak pergi mana?" tanya Hassan.
"Mak Cik nak balik rumah... tapi hujan Nak..." jawab perempuan tua tu.
Tiba-tiba Hassan ternampak jari manis perempuan tua itu kudung.
Hassan lalu bertanya. "Mak Cik... kenapa jari Mak cik macam tu?"





"KO YANG POTONG JARI AKU!"

haha...cerita hantu ni memang klasik la and biasa nya ramai yang dah tahu. Aku pon tak berapa nak ingat cerita sebenar macam mana, tapi kalau nak cerita kat adik-adik memang still boleh terkejutkan diorg la. Tips:Awal2 pesan dulu... siapa yang dah taw cerita ni diam2 je ok... pastu cerita slow2 biar diorg tumpukan perhatian... last2 jerit jawapan nenek tu "KO YANG POTONG JARI AKU!" sambil terkam diorg. Confirm diorg menjerit. Hahaha.

Entry kali ni bukan nak cerita pasal hantu lagi, yelah bukan selalu orang kena kaco kan. Jarang-jarang sekali. Kali ni nak cerita pasal nenek aku pulak and one of the most things that I regret... I have done in my life. Cerita aku hampir dengan cerita hantu kat atas. Aku macam Hassan.