Thursday, April 28, 2011

hantu pocong main tingkap

Hari ini hari khamis malam jumaat. Jam sekarang pukul 3:14 AM. Aku tak tidur lagi sebab demam  dari semalam lagi. Suasana bilik aku sekarang ni betul2 buat aku flashback pengalaman aku diganggu pocong dulu. Tingkap bilik terbuka luas, floor sunyi dengan romate2 aku yang tengah sedap tidur.


Masa tu aku belajar di kolej matrikulasi johor tahun 2008/2009. Aku dapat bilik tingkat 2, room A 2.1 tak silap aku lah, dengan romate aku pada masa tu bijan, naim dan arep. Nak dijadikan cerita aku ni jenis study  dapat mood last2 minute and siapkan kerja last2 minute. Masa matrik benda paling malas aku nak buat adalah lab report. Aku pulak jenis tak suka copy2 kerja orang. So kalo esok nak kena hantar lab report, malam tulah aku struggle gila2 nak siapkan lab2 report aku.


Malam pertama - pukul 2 pagi


Malam tu, dalam pukul 2 pagi. Aku baru lah nak dapat mood nak wat lab report kimia aku yang dah lame tergendala tuh. Macam biasa esok nak kena hantar dan seperti biase malam2 macam ni romate2 aku dah mula tidur. Naim memang slalu tidur awal, bijan pulak sharp timing pukul 2 pagi je die tidur memang disiplin habis. Arep pulak tak tentu kadang2 awal and kadang2 lewat. Malam tu suma tidur dalam pukul 2 pagi. Matrik johor ni pulak time kol 12 malam je kena tutup lampu . So aku pon struggle la nak siapkan lab report aku dengan berteman kan lampu meja aku je time tuh.


Malam pertama - pukul 3 pagi


Masuk pukul 3 pagi aku masih tak tido lagi biase dalam kol 4 pagi baru aku siap so barulah boleh tido.


Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" aku dengar bunyi tingkap bilik aku diketuk. Aku pun toleh belakang untuk tengok kalo ada apa2 kat tingkap tuh . Aku tengok tingkap bilik aku terbukak luas tapi tak ade pape. Aku tengok jam tangan aku tepat kol 3 pagi. Dalam hati, aku rase " x de pape kot... perasaan aku je" , so aku pon sambung buat lab report aku.


Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali aku dengar tingkap aku diketuk. Kali ni lagi kuat and kali kedua ni buat aku yakin yang bunyi tu bukan perasaan aku je. Kali ni jugak aku tak toleh belakang untuk melihat kalo2 ade pape kat tingkap aku tu. Dalam ati habis aku mencarut " Sial tol! asal la aku yang kena kaco malam2 ni...  aku dok tingkat 2 tak kan la ade org nak maen tingkap malam2 ni ". Nak tak nak, aku kena gak siapkan lab report aku malam tu. So, aku pun membrani kan diri aku untuk terus siapkan lab aku berbekal kan handphone walkman yang aku ade, aku pakai earphone and terus pasang lagu kuat2. Siap lab aku terus tido mati.


Malam kedua


Malam kedua tak ada pape yang berlaku sebab aku tak de lab nak kena hantar. "Yeay... ". aku tidur awal malam tu.


Malam ketiga - pukul 2 pagi


Esok nak kena hantar lab fizik "ala... kenalah stay up lagi malam ni....". Malam tu macam biasa masuk kol 2 pagi romate2 aku dah tido. Tinggal lah aku kesorangan struggle wat lab report aku.


Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" skali lagi tingkap aku bunyi seperti diketuk lewat malam2 ni. Dalam hati, aku reda "kena kaco lagi aku malam ni...". aku tengok jam kol 3 pagi..."agak bende2 ni kol 3 pagi baru aktif... sigh~ . aku pon mula bukak laci meja study aku dengan harapan ada earphone so boley dengar lagu kuat2. Alamak tak de pulak. Mana pulak aku letak earphone aku ni. Habis rak2 buku aku geladah tapi tak jumpa. Last2 aku tekad continue je wat lab aku.


Tapi... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali bunyi tingkap aku diketuk terus membuatkan aku seram sejuk  and tak boleh continue wat lab aku. aku pon decide untuk tido terus malam tu and continue buat lab report aku tu pagi esok dalam lecture. Bawah ni aku provide pandangan atas bilik aku kat matrik untuk korang faham situasi yang berlaku selepas ini sebab agak complicated.
So aku pon baring la atas katil aku nak tido. Aku tido macam kat atas tu. Aku tegakkan bantal aku and peluk macam tuh. Aku pon baring2 la amik mood nak tido. Nak kata aku ni penakut tak de lah takot sangat, nak kata berani... cuak2 jugak, so kire biase2 jela. Susah pulak nak tido sebab seram2 sejuk je kena kaco dari tadi. Tambahan pulak aku nye katil sebelah tingkap. Lagi bertambah2 la cuak aku malam tu. Aku pon pejamkan mata and tido. Aku tido mengadap tingkap sebab aku selesa kepala toleh kanan sambil meniarap... senang tido.

Tiba-tiba... "Trakk...Trakk...Trakk!" lagi sekali tingkap kaca bilik aku diketuk. Masuk ni dah 3x malam ni aku dengar. Dah lah aku sebelah tingkap so for sure la I'm not imagining things and bende ni betul2 kaco aku. Habis clear and yakin lah aku dengar. Aku pon bukak mate tengok tingkap aku yang terbukak luas tuh. Memang tingkap ni selalu terbukak aje sebab panas dalam bilik, biar angin masuk. Lame aku tengok tingkap tu. Dalam hati aku pikir " nak tutup ke tak ek tingkap ni?....hmmm kang nasib aku x baik... tengah2 nak tutup tingkap muncul kepala pontianak depan aku naiya je...".

Aku malas nak layan bunyi2 nih so aku pon pusing lah kepala toleh ke kiri... mengadap meja study aku. Tiba-tiba... aku ternampak dalam cermin ada lembaga putih lalu kat tingkap. Cemas dan bedebar suma perasaan aku rasa time tuh and bende nih berlaku sangat pantas. Aku nampak kelibat putih tu lalu dalam cermin so aku pon terus lah toleh ke kanan untuk melihat apa yang lalu kat tingkap aku tadi.
Tapi... tak ade pape kat tingkap and time tuh jugak lah aku perasan yang bantal aku bukan berada dalam peluk kan aku. Sebaliknya bantal aku ada disebelah aku...aku cemas and panik kerana kalo bukan bantal yang aku peluk... apa yang aku tengah aku peluk ni!. Aku pon membrani kan diri untuk menjeling kebawah, and dari situ lah aku nampak bahu yang dibaluti kain putih sedang aku peluk dengan rapi. Aku tengah peluk POCONG! "Arghhhhhhhh!!! aku menjerit tapi tiada suara yang dapat keluar dari mulutku. Aku langsung tak berani untuk toleh kebawah sebab aku yakin kalo aku toleh pasti aku akan ternampak muka pocong ni. Dalam hati habis aku mencarut " Sial la asal la aku kena ni....sial3x!". Aku pejam je mata and cuba untuk lepaskan pelukan aku... tapi semakin aku meronta2 untuk melepaskan pelukan aku... semakin kuat aku peluk pocong tu sehingga lengan aku, kiri and kanan terasa sakit sebab badan pocong tu yang keras macam batu.

Aku mula beristighfar " Astaghfirullahalazim3x ".... aku bukak mata and jeling tapi pocong tu masih lagi dalam pelukan aku. Aku hilang arah dan tak tahu nak buat apa. Aku mula give up sambil memejamkan mata dan berserah kepada Allah aku menyebut2 "Allahu akbar3x..." tiba aku dapat rasakan pelukan aku terlepas dan bila aku bukak mata pocong tu dah tak ade. 

Aku sangatlah bersyukur kerana telah terselamat dari gangguan pocong tadi. Peluh mula membasahi badan aku . Aku tengok bijan yang tido disebelah aku tengah nyenyak dibuai mimpi. Aku pon mengambil keputusan untuk terus tido and tidak mengganggu sape2 pada lewat malam itu. Aku capai bantal aku semula and selubung badan aku dengan selimut. Aku pon tido.

Keesokkan paginya, aku pon cerita lah pengalaman aku diganggu pocong malam tadi kat romate2 aku. Dak2 praktikum aku and dak2 kuliah sume dapat taw. Ade sorang dak praktikum aku ni student PDT (pelajar dua tahun kot... tak ingat sangat) so die pon cerita lah tahun lepas blok B kat KMJ tuh ada la kena gangguan pocong tapi ada sorang student ni die ada ilmu sikit so die pagar... so selamat. Blok A yang aku duduk tu clean tak de cerita pulak. Ustaz aku pulak cakap dalam dunia ni mana ada hantu or roh yang tak tenang... yang dah mati tak kan bangkit selagi belum tiba hari kebangkitan iaitu hari kiamat. Dalam dunia ni yang ada hanyalah manusia, jin  dan syaitan. Syaitan ni yang suka menyerupai dan menjelma untuk menganggu manusia. Yang penting kita tak lupa meningati Allah . Wallahualam...

55 comments:

  1. takutnye..seram betul saya. Tak boleh la nak jaga malam2 lagi lepas ni...wuwuwu~

    ReplyDelete
  2. boleh aje stay up... kena lah kuat iman... peace!

    ReplyDelete
  3. giler aaahh...kaler katil sme ngn ak nye lase matrik lu

    ReplyDelete
  4. biar benar? bru arini ko nk post? nsib x smpi blok E.. seram wooo~~

    ReplyDelete
  5. 1. standard matrik lah...cadar ijau corak pusing2 uh....hehe

    2. btol... haha blok lain x lama agi kena lah tu~

    ReplyDelete
  6. 1st time dgr cite mcm dlm movie plak :D
    seram2!

    ReplyDelete
  7. mira: seyes mcm movie? ^_^ ooo nnt stay up jaga2... hehe

    ReplyDelete
  8. weh..katil aku pon kat tepi tingkap gak..mengahadap tingkap bilik yg memang di kosongkan kat blok f..sbb2 knape bilik tu di kosongkan tu paham2 je la..nasib baik aku xkene pape sbb aku pon xske tutup tingkap gak..fuh...slamat x kene cam ko...

    ReplyDelete
  9. hehe bilik blok F tuh ade kes bunuh diri kan... bilik bpe aku x ingat la. Malam2 kalo rase sejuk suam2 kuku je... tido la... malam tu kan untuk beristirehat...hehehe

    ReplyDelete
  10. giler seram dowh cite nie. nyesal aku bace!

    ReplyDelete
  11. seram gilleeer..da la mlm td aku pon kene ganggu jugak..huu~

    ReplyDelete
  12. hhuhu..aku duk blok f dulu, roomate aku penah kene tindih kot....yg peliknye..katil kitorang gabung, tapi roomate aku je kene aku xpenah lak..

    btw..cadar ijau petak2 tu sangat nostalgia la..HAHA

    ReplyDelete
  13. anonymous: seyes r kena ganggu jugak?

    NurainiMZ:
    yeke? tindih ni aku prnh kene skali..tapi x sure la btol ke x... sbb juz baring tetibe x ley gerak... aku pakse bdn aku nak bgun sampai gigil2...last2 boleh gak...

    nostalgia knn... ^_^

    ReplyDelete
  14. erkkk. apakah. takut aku. berderau darah ni.

    ReplyDelete
  15. pergh! pelok pocong kot. gilaa ahh kau. ko msti dpt tgk muka pocong tuh kan? amacam? macho tak? ekeke. btw, cite kau neh agak seram ahh. mmg gilaa btul. huhuhu

    ReplyDelete
  16. IZZA: aku tak tengok muke die? nmpk bahu saje...ok hehehe

    ReplyDelete
  17. serius ke ni ? huu. selepas tu, malam seterusnya ada orang ketuk tingkap lagi tak ?

    ReplyDelete
  18. Fatma Diyana MB. : seyes....x de pulak... hehehe die g kaco org lain kot

    ReplyDelete
  19. haha..ak bru tau cter nie..kne kaw2 punye ^_^" selamat kt matrik dlu ak x penk kne..ngeee~

    ReplyDelete
  20. ain: selamatlah tak de pape kan...

    ReplyDelete
  21. ain: x sure la... rase2 sem 2 kot... heee sbb time tu aku malas2 and banyak main

    ReplyDelete
  22. ler.... aq ingt citer pocong len.. bkn nie qo pnh citer meh???

    ReplyDelete
  23. aah... member taw la citer... ini post pertama blog aku... so nanti ade cerita lain datang lagi ok!

    ReplyDelete
  24. Salam. moshi2..jalan2 singgah sini kejap..nice blog :)

    Sudi2 la jenguk teratak saya di frommetoyou ni ye..arigatou..(^____^)

    ReplyDelete
  25. アヌム ちゃん~~: Arigato gozaimasu... q(^_^)P

    ReplyDelete
  26. betul ellvhis... kenapa tak percaya? hehe

    ReplyDelete
  27. macam x pecaya je, sebab belom tengok je, hahahaa..
    tpi, janganlh takutt...:D

    ReplyDelete
  28. really ke ni? dasat juga kamu ni.huhu waktu kat uitm dulu takde pulak pasal pocong ni just ade langsuir kacau kat public phone pukui 3 pg..huhu mebi para hantu ni pukul 3 baru aktif kacau orang huhu.

    ReplyDelete
  29. betul! hehe maybe... langsuir tu gayut kat tepon kot...

    ReplyDelete
  30. pergh..gler seram..aku pun KMJ gak..blok C..alhamdulillah xde jmpe pape..tp bese la blok C slalu bdk histeria..

    ReplyDelete
  31. nurZAKIA: owh blok C...aku pernah sekali tuh dok sembang2... tetibe dgr suara orang jerit... kuat giler... aku kat blok A kot... boleh dengar... pastu tetibe je kat blok F tu...start pasang orang mengaji...hmm histeria kot.

    ReplyDelete
  32. tu la pasal..ngeri kot..time study week slalu mcm tu...pkul 3 pg dak tu lari smbil jerit2..xbrni kuar tgk...tp tu la dak pmpuan kat blok c ni ske sgt jerit2 time mgrib..n gelak kuat2...

    ReplyDelete
  33. nurZAKIA: owh...selalu ea? hmm x elok magrib2 mcm tu... cari pasal je

    ReplyDelete
  34. oh..kmj mmg pukul 12 kena tutp lampu ea? tak ingat pula..sebb saya batch 2007/2008..haha..seram gile kowt kena kacau..

    tak pe..pengalaman..tapi selalunya mr h akan keluar time2x gitu lah...kul 3/4 pagi gitu..ri tu time saya..kat blok E ada kes histeria..betul2x bilik atas saya..seram giler..akhirnya tidur ramai2x kat bilik member..time pagi pukul 3 gitu..terdengar lah ada scratching kat luar bilik..masing2x dgr tapi masing2x diam aje..dah siang barulah masing2x citer dorang dgr scratching tu...

    ReplyDelete
  35. yup pukul 12 kena off light... hehe

    ReplyDelete
  36. haha.wat lekk. aku budak batch tahun ni 2013/2014.. baru brapa minggu masuk dah kena kacau.. dengan pocong -.- siap nmpak muka lagi. sebelum ni tak pernah pulak percaya dgn kwujudan pocong.tapi bila dah kena teruk tak leh kata apa da. haha. pocong kat kmj ni rasanya dah beranak pinak lah. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ade gmbar budak laki snap tpi blok A tu kan? bapak arhh real dowh. slama ni slalunya blok B yg dikaitkan dgn bnde2 cmni.

      Delete
    2. dah tengok dah gambarnya. memang gmbar tu real kan.?

      Delete
  37. Salam...Saya felo (pensyarah) baru kat Blok B tahun 2013/2014 ni. Baru beberapa hari lepas saya mengalami gangguan ketuk tingkap dan pintu kat rumah saya, masa minggu UPS2. Malam tu, Ahad malam Isnin. Saya dah tidur. Tepat jam 2am, saya dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu yg kuat di pintu utama rmh saya di Blok B (Al-Kindi) yg menghadap gelanggang bola keranjang tepi bangunan parking bas tu. Saya terjaga. Kemudian, bunyi ketukan di tingkap bilik tidur saya. Bahagian kepala katil saya letak betul2 belakang tingkap bilik. Jadi, bunyinya jelas ketara kuat. Saya kata, "Siapa kat luar?". Anggapan saya mungkin ada pelajar yg dalam kecemasan pagi2 buta ni. Kemudian saya ke ruang tamu. Pintu rumah diketuk semula. Sekali lagi saya bertanya dgn nada yg kuat "Siapa di luar?". Masih tiada jawapan. Kemudian tingkap bilik pula diketuk sekali lagi sedangkan saya ada di ruang tamu dan jika yg di luar itu tahu, dia mesti tahu saya sudah di ruang tamu tetapi mengapa masih mengetuk tingkap bilik saya. Kemudian, kali ketiga, pintu rumah diketuk. Saya masih bertanya soalan yg sama. Oleh kerana perasaan ingin tahu yg kuat, beberapa saat selepas bunyi ketukan terakhir, saya pun membuka pintu. Alangkah hairannya saya kerana tiada sesiapa di luar. Satu kelibat manusia pun tak nampak. Tak mungkin ada pelajar yg mengacau saya malam tersebut kerana itu adalah malam exam UPS. Dan tak mungkin jika pelajar yg mengganggu saya itu dapat pergi dengan cepat kerana saya parking motor saya betul2 depan pintu rumah. Jika pelajar ingin lari, mengambil masa untuk memboloskan diri. Kemudian saya menelefon pondok jaga untuk dibuat rondaan di keliling Blok B. Semasa jaga2 tersebut membuat rondaan, saya mengambil kesempatan untuk keluar rumah. Saya lihat, lampu bilik atas rumah saya ada yg masih menyala lagi menandakan bahawa ada pelajar yg sedang study lewat malam begini. Kemudian saya masuk tidur seperti biasa. Tepat jam 4am saya tersedar semula kerana mendengar ada suara memanggil nama saya, tetapi tiada siapa pun. Aneh betul kejadian malam tersebut. Dua malam selepas kejadian ini, tepat jam 2.35am, saya sekali lagi terkejut mendengar suara org memberi salam di belakang tingkap bilik tidur saya sedangkan 99% pelajar sudah pulang untuk cuti Tahun Baru Cina. Persoalannya, siapa yg mengetuk pintu/tingkap rumah saya? Siapa yg menyeru nama saya? Saya yg memberi salam kepada saya?

    ReplyDelete
  38. Keesokkan hari selepas gangguan ketuk pintu itu, pada sebelah pagi, saya ke pondok jaga untuk bertanyakan jika ada pelajar yg balik sekitar jam 2am-6am kerana hal kecemasan. Tetapi tiada rekod dicatatkan. Kemudian saya bertanya kepada Ustaz Sayuti dan Ustaz Zin barangkali ada pelajar yg datang berjumpa mereka malam tersebut, namun jawapan mereka negatif. Jadi, entiti apakah yg sudi mengetuk pintu rumah dan tingkap bilik saya. Sebenarnya ketika menulis komen ini (sekitar jam 11pm), saya berasa agak sedikit seram juga kerana saya masih berada di Blok B, rumah saya. Semacam ada sesuatu di luar tingkap yg mengetahui saya sedang menulis komen ini. Kadang2 saya keluar dari bilik untuk menghilangkan rasa takut ini dan masuk semula ke bilik untuk menyambung penulisan ini.

    ReplyDelete
  39. Blok E, 2007/2008, saya ketua aras 5 mase tu.. and memang betul pasal kes histeria tu.. Saya ade kat situ, tengok live.. Sangat seram bile fikir balik. Yang kena tu pon my friend, budak PDT. Slalu je dia histeria time black out, n budak2 ni pon, bukan nk tlg bukak kan balik elektrik.. Sy kena bukak bilik elektrik tepi tangga sambil tutup mate (takut ade pape yg sergah) pastu open balik electrik.. Hahaha.. Rase sengal pulak... Tapi, that one night mmg teruk, sampai Ustaz naik, Tp, xsilap saye mase tu Ustaz da hantar pi tasik depan pintu masuk tu. So beware.. Jgn nak dating sgt maghrib2 kat ctu.. haha

    ReplyDelete
  40. Bakal penghuni kmj bulan 6 ni😂 betul ke cerita ni eh. Seram pula rasanya

    ReplyDelete
  41. Bakal penghuni kmj bulan 6 ni😂 betul ke cerita ni eh. Seram pula rasanya

    ReplyDelete
  42. Betul ke ade bilik yg dikosongkan kat blok F ?? klau ade pon.. sebab ape ea ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang duduk kat kmj ramai yang cerita jugak...Katanya ada kes bunuh diri...lepas kes tu bilik tu terus dikosongkan...tapi tak tau lah sejauh mana kesahihannya...

      Delete
  43. Aku student kmj 2015/16...baru 3 bulan tinggalkan kmj...aku blok A bilik 2.2...depan bilik kau bro...nasib baik sepanjang kat kmj aku takde kena kacau...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  44. Hi guys or s" perghh 2011 heh 9 taun berlalu bai aq hrap korng sume sihat ah and having nice day....ngl buat mase ni ok jek tp ade ah gambar2 pelik2 arap2 bende2 ni dh x jadi lg ah haha peace

    ReplyDelete