Thursday, April 28, 2011

hantu pocong main tingkap

Hari ini hari khamis malam jumaat. Jam sekarang pukul 3:14 AM. Aku tak tidur lagi sebab demam  dari semalam lagi. Suasana bilik aku sekarang ni betul2 buat aku flashback pengalaman aku diganggu pocong dulu. Tingkap bilik terbuka luas, floor sunyi dengan romate2 aku yang tengah sedap tidur.


Masa tu aku belajar di kolej matrikulasi johor tahun 2008/2009. Aku dapat bilik tingkat 2, room A 2.1 tak silap aku lah, dengan romate aku pada masa tu bijan, naim dan arep. Nak dijadikan cerita aku ni jenis study  dapat mood last2 minute and siapkan kerja last2 minute. Masa matrik benda paling malas aku nak buat adalah lab report. Aku pulak jenis tak suka copy2 kerja orang. So kalo esok nak kena hantar lab report, malam tulah aku struggle gila2 nak siapkan lab2 report aku.