Saturday, June 18, 2011

P


No longer be needing this...
yeye... wohoo!


Tuesday, June 14, 2011

Hamtaro

comel tak?

Ini hamster adik aku, comel sangat2. Sebab muke dia macam kartun Hamtaro tu, aku panggil dia Mok! errk... ade kaitan tak... haha.

 Mok sedih sangat2 terpaksa berpisah ngan adik taw. Sampai hati adik tinggalkan Mok sebab nak sambung belajar. Siapa nak jaga makan minum Mok... Sob3~

Monday, June 6, 2011

Ikan Owh Ikan

Ini abang aku, nama dia Faid tapi aku panggil abang Aid je. Abang Aid ni baru je kahwin ngan kak Izz. So kali ni nak cerita sikit kat kak Izz tentang abang Aid. Hehehe...abang Aid jangan mara okay!
Dulu time kecik2 kat rumah ada aquarium, ayah bela ikan. Abang Aid suka sangat tengok ikan.
Sampai lah satu hari, ikan-ikan mula mati satu persatu.
Abang Aid sedih.
Abang Aid tanya kat ayah.
Abang Aid: Ayah kenapa ikan mati yah?
Ayah: Dia sakit, sebab tulah dia mati.
Abang Aid mula memahami erti sakit dan kematian. Abang Aid rasa sedih sebab makin hari makin banyak ikan yang mati.

Wednesday, June 1, 2011

Selamat Pengantin Baru


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam,
Bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
Bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya,
Malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
Dekat dengan lengannya untuk dilindungi
dan dekat di hatinya untuk dicintai "
(sumber: Halaqah )

Alhamdulillah, tepat jam 9:28 minit malam Jumaat pada 27 Mei 2011 besamaan 24 Jamadilakhir 1432 hijriah abang Faid telah selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihannya kak 'Izzati. Semoga Allah memberkati abang Faid bersama-sama kak 'Izzati dan melimpahkan berkat kepada mereka serta menghimpunkan mereka dalam kebaikkan.